Thursday, 30 May 2013

AKTIVITI DALAM KELAS

                                     


Lagu BUNYI HAIWAN yang dinyanyikan oleh kanak-kanak berserta alat bahan yang menarik diiringi alunan keyboard dari cikgu WANI.

                                           

MENGAPA KANAK-KANAK SUKA BERMAIN


Ibu bapa sering bertanya, 'mengapa anak-anak asyik bermain sahaja?' Sebenarnya ia adalah sifat semulajadi mereka yang suka bermain. Pada peringkat ini, mereka suka meneroka, ingin tahu dan masih di alam fantasi. Dengan bermain, pelbagai persoalan di dalam kepala mereka akan terjawab.
Dan sebagai seorang guru di prasekolah, sudah menjadi tanggungjawab mendidik kanak-kanak dengan cara yang digemari mereka kerana ia akan menjadi lebih mudah dan yang paling penting, timbul keseronokan dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Disini, saya akan masukkan sebanyak mungkin jenis-jenis permainan kecil yang selalu dan akan dipraktikkan didalam sesi pembelajaran disekolah.

PERMAINAN KECIL

OBJEKTIF
Di akhir P&P, guru pelatih dapat :
· Mengetahui jenis-jenis kemahiran dalam permainan kecil
· Mengendalikan kemahiran asas dalam permainan kecil

APA ITU PERMAINAN KECIL
Permainan Kecil disebut juga Permainan Bersyarat atau Permainan Mini

OBJEKTIF PERMAINAN KECIL
· Wujudkan keseronokan dan kepuasan dikalangan murid-murid.
· Wujudkan persaingan dan keyakinan yang sihat dikalangan murid-murid.
· Menyemaikan semangat muhibbah dan perpaduan antara kaum dan dikalangan murid-murid.
· Permainan disesuaikan dengan gelanggang dan kawasan yang ada.

Objektif Permainan Kecil
· Permainan antara kumpulan (A-B) dan ( C-D) memberi peluang kepada semua pemain bermain serentak.
· Banyak memberi peluang kepada guru untuk memilih pemain yang berkualiti.
· Tumpuan guru melihat kemahiran ( skill ) murid yang sebenar semasa P-P mata pelajaran Pendidikan jasmani.

Ciri-Ciri Permainan Kecil
· Permainan Kecil PK mirip kemahiran sebenar.
· PK diikat dengan beberapa syarat yang perlu diikuti pemain.
· PK dimainkan dalam kawasan atau ruang yang terhad atau kecil kawasan keluasannya. ( 10 X 10 M )@ ( 20 X 20 M )

Ciri-Ciri Permainan Kecil
· PK boleh diadakan di bahagian permulaan sebagai bab memanaskan badan atau bab akhir pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani.
· PK boleh digunakan untuk mengingati kemahiran-kemahiran yang sudah dipelajari pada P-P yang sudah dipelajari.

3 Aspek penting dalam Permainan Kecil
Masih berorientasikan :-
· Aspek Psikomotor
· Aspek Kognitif
· Aspek Afektif

 Tujuan Permainan Kecil Dalam Pendidikan Jasmani
Aspek Psikomotor
· Pengkayaan terhadap kemahiran yang telah dipelajari dalam bab inti pelajaran.
· Membina ketangkasan dan ketepatan penumpuan pemain.
· Melatih pelajar bijak membaca ruang semasa bermain.
· Membina sikap sentiasa bersedia dan tidak leka dalam situasi permainan.
· Ketajaman bertindak dan sentiasa bersedia.

Elemen Penting Mencipta Atau Mereka Permainan Kecil
· Kemahiran ( Skill ) mencabar pemain
· Tahap kemahiran bersesuaian
· Keluasan tempat diambil kira
· Menyeronokan pemain
Aspek Psikomotor
· Membina semangat juang dan semangat bertanding yang tinggi.
· Semangat mahu mencipta kemenangan.
· Berfikiran tepat bertindak dalam membuat sebarang keputusan semasa bermain.
Aspek Kognitif
· Melatih kematangan daya berfikir semasa bermain.
· Melatih individu / pemain bijak membaca strategi pihak lawan.
· Penguasaan kemahiran pemain kekal dan bertambah.
· Melatih pelajar menguasai undang-undang permainan.
Aspek Afektif
· Membina keseronokan dan kepuasan sebenar pelajar semasa bermain.
· Membina semangat berpasukan yang tinggi.
· Berdisiplin dan bekerjasama dikalangan pemain.
· Akur kepada kemenangan dan kekuatan pihak lawan.
Aspek Afektif
· Melatih diri pelajar supaya tidak mudah berputus asa jika menerima sebarang kekalahan.
· Melatih dan memberi peluang kepada pelajar menjadi pengadil semasa pertandingan sesama mereka.
· Tujuan dan ciri-ciri dalam mengendalikan permainan kecil
· Mencipta permainan kecil berdasarkan manipul







PERTANDINGAN HARI POTENSI PERINGKAT PARLIMEN


TEMA : ALAM HAIWAN ( HIDUPAN LAUT )




rekabentuk ( penggunaan doh dan bahan kitar semula ). Disertai oleh adik Mohd Fariz Aiman, adik Mohd Zulhafizi Asraf dan Adik Nurul Fatieha... GOOD LUCK my dear..

AKTIVITI DALAM KELAS 


Gabungan keyboard yang dimainkan oleh guru dan kanak-kanak menyanyikan lagu SAYA SAYANG IBUBEST..


Lagu BUNYI HAIWAN yang dinyanyikan oleh kanak-kanak berserta alat bahan yang menarik diiringi alunan keyboard dari cikgu WANI.


Wednesday, 26 September 2012

PERMAINAN KECIL - PUKUL LALAT




Tujuan permainan :
  • Berlari dalam bulatan sambil mengejar dan memukul pemain lain dengan sapu tangan.
Senarai keperluan :
  1. Bahan : Sapu tangan.
  2. Bilangan pemain : Tidak terhad.
Cara bermain :
  1. Kanak-kanak membuat satu bulatan. Kemudian duduk mencangkung ke arah dalam bulatan.
  2. Seorang kanak-kanak di minta keluar secara sukarela ataupun dipilih untuk membawa sapu tangan.
  3. Pemain yang dipilih akan berdiri di luar bulatan sambil memegang sapu tangan.
  4. Pemain akan meletakkan sapu tangan itu dibelakang sesiapa sahaja yang berada di bulatan tanpa disedari. Orang itu dikenali sebagai mangsa.
  5. Pemain lain perlu sentiasa peka dan bersedia meraba belakang bagi memastikan sama ada sapu tangan berada dibelakang atau tidak.
  6. Apabila pemain B dapat menyentuh sapu tangan yang terdapat dibelakangnya, maka ia perlu segera bangun dan lari mengejar A sambil memukulnya.
  7. Pemain A pula perlu mencari tempat duduk secepat mungkin sebelum dapat dipukul oleh pemain B.
  8. Jika A belum sempat mencari tempat duduk dan terkena sapu tangan, maka A sekali lagi akan berlari mengelilingi bulatan semula sementara B akan duduk ditempat asal.
  9. Sebaliknya jika A berjaya mencari tempat duduk, B akan berpusing sekali lagi untuk meletakkan sapu tangan di belakang pemain lain.

KERUSI BERIRAMA



Tujuan permainan :
  • Pemain akan merebut kerusi apabila muzik berhenti.
Senarai keperluan :
  1. Bahan : Kerusi, Radio
  2. Bilangan pemain : Tidak terhad
Cara bermain :
  1. Kerusi akan disusun membentuk bulatan.
  2. Radio akan dimainkan sepanjang permainan dan akan ditamatkan berperingkat-peringkat.
  3. Pemain akan bergerak mengelilingi kerusi apabila muzik dimainkan.
  4. Pemain hendaklah lebih bilangannya daripada bilangan kerusi.
  5. Apabila muzik dihentikan, pemain akan segera merebut kerusi untuk duduk.
  6. Bagi pemain yang tidak mendpat tempat duduk, akan dikira mati dan hendaklah keluar daripada permainan.
  7. Permainan diteruskan sehingga tinggal 1 kerusi untuk direbut.

IBU AYAM DI KEJAR MUSANG



Senarai keperluan :
  • Bilangan pemain : Tidak terhad tetapi mesti lebih daripada 5 orang.
  • Bahan : Topeng muka.
  • Tempat : Kawasan lapang.
Cara bermain :
1. Ibu ayam akan meminta kunci rumah pada musang..
2. Selepas musang memberi kunci, ibu dan anak ayam pergi bersiar-siar.
3. Tiba-tiba kunci rumah hilang, ibu ayam pergi mencari musang untuk meminta kunci lagi.
4. Musang marah dan ingin seekor anak ayam sebagai ganti..
5. Musang merebut anak ayam yang berlindung di belakang ibu mereka.
6. Ibu ayam hendaklah menjaga anak-anaknya daripada direbut oleh musang.
7. Permainan tamat apabila musang dapat tangkap anak ayam.. 



NENEK-NENEK SI BONGKOK TIGA


Tujuan permainan :
  • Pemain yang matanya ditutup akan mencari pemain lain dan cuba meneka namanya.
Senarai keperluan :
  1. Bilangan pemain : Tidak terhad dan mesti lebih daripada empat orang. Lebih ramai lebih baik.
  2. Bahan :  
  • Lagu ' nenek, nenek, si bongkok tiga'.
  • Sehelai sapu tangan atau kain penutup mata.
  • Sebatang kayu sebagai tongkat.
  • Tempat : Kawasan lapang di dalam ataupun diluar rumah.
Peraturan :
  1. Penutup mata 'nenek' tidak boleh dibuka semasa meneka nama pemain.
  2. Pemain yang ditangkap tidak boleh melarikan diri semasa 'nenek' menekanya.
  3. Jika 'nenek' meneka nama pemain dengan betul, pemain itu akan jadi ganti 'nenek'.
  4. Pemain lain tidak dibenarkan memberitahu nama pemain yang ditangkap oleh 'nenek'.
Cara bermain :
  1. Pilih seorang pemain menjadi 'nenek'.
  2. Mata 'nenek' ditutup dengan sapu tangan atau kain penutup mata.
  3. Pemain lain membuat bulatan sambil berpegang tangan.
  4. 'Nenek' memegang tongkat dan berada di tengah bulatan.
  5. Pemain menyanyikan lagu sambil mengelilingi 'nenek'.
  6. Semasa pemain mengelilingi nenek sambil menyanyi, nenek hanya berdiam diri sambil menggerakkan tongkat dan membongkok-bongkok badan beraksi seperti orang tua.
  7. Selepas selesai menyanyi, pemain duduk mencangkung dan mendiamkan diri.
  8. 'Nenek' pula menyanyikan lagu.
  9. 'Nenek' akan meraba-raba mencari dan cuba menangkap pemain lain.
  10. 'Nenek' kena meneka nama pemain yang di pegangnya.
Lagu untuk pemain :
Nenek, nenek, si bongkok tiga
Siang malam asyik berjaga
Mencari cucu di mana ada
Nenek ku kahwin dengan anak raja.

Lagu untuk 'nenek' :
Cucu, cucu, tak dapat lari
Nenek tua banyak sakti
Sekarang nenek nak cari ganti
Siapa yang dapat dia yang jadi.



Selain daripada permainan kecil ini, anda juga boleh melihat pelbagai jenis permainan tradisional lain di sini.