PENGENALAN TABIKA 23 RAMD...
Tabika KEMAS 23 Rejimen Askar Melayu Di Raja terletak di dalam Kem Gua Permai, Jalan Tambun, Ipoh Perak. Tabika ini telah beroperasi sekitar tahun 80-an hingga kini. Ditubuhkan untuk anak-anak anggota tentera Kem 23 RAMD berumur 4 hingga 6 tahun yang mendiami kuarters berhampiran. Tabika bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tgh. Pakaian untuk kanak-kanak Tabika ini telah ditentukan iaitu pada hari Isnin kanak-kanak hendaklah memakai uniform diikuti selasa baju sukan, Rabu kembali memakai uniform, Khamis baju sukan dan Jumaat memakai Baju Kebangsaan iaitu Baju Melayu atau Baju Kurung. Saya mengambil alih memegang amanah mendidik kanak-kanak di Tabika ini pada pertengahan tahun 2009 hingga kini. Terletak berhampiran dengan bukit menjadikan Tabika ini begitu unik kerana penuh dengan suasana nyaman dan suasana yang begitu menghijau.
Keserasian saya dengan kanak-kanak disini begitu terserlah dimana mereka begitu rapat dan dengan ini, suasana pembelajaran dapat dijalankan dengan mudah dan objektif pembelajaran mudah dicapai. Usaha demi usaha saya lakukan untuk menjadikan mereka terbaik antara yang terbaik. Persaingan yang sengit dengan tadika swasta menjadikan saya lebih berusaha membuktikan yang kanak-kanak Tabika KEMAS
juga boleh jadi yang terbaik.
RUTIN : Mengucap, membaca al-fatihah, doa bangun tidur, doa untuk ibubapa, doa masuk tandas, doa penerang hati dan salawat ke atas nabi.
Juga membaca surah an-nas, al-falaq dan al-ikhlas.
Kanak2 juga dilatih menghafaz rukun islam, rukun iman, rukun negara dan solat 5 waktu.
MENGAPA KANAK-KANAK SUKA BERMAIN?
Ibu bapa sering bertanya, 'mengapa anak-anak asyik bermain sahaja?' Sebenarnya ia adalah sifat semulajadi mereka yang suka bermain. Pada peringkat ini, mereka suka meneroka, ingin tahu dan masih di alam fantasi. Dengan bermain, pelbagai persoalan di dalam kepala mereka akan terjawab.
Dan sebagai seorang guru di prasekolah, sudah menjadi tanggungjawab mendidik kanak-kanak dengan cara yang digemari mereka kerana ia akan menjadi lebih mudah dan yang paling penting, timbul keseronokan dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Disini, saya akan masukkan sebanyak mungkin jenis-jenis permainan kecil yang selalu dan akan dipraktikkan didalam sesi pembelajaran disekolah.
OBJEKTIF
Di akhir P&P, guru pelatih dapat :
· Mengetahui jenis-jenis kemahiran dalam permainan kecil
· Mengendalikan kemahiran asas dalam permainan kecil
APA ITU PERMAINAN KECIL
Permainan Kecil disebut juga Permainan Bersyarat atau Permainan Mini
OBJEKTIF PERMAINAN KECIL
· Wujudkan keseronokan dan kepuasan dikalangan murid-murid.
· Wujudkan persaingan dan keyakinan yang sihat dikalangan murid-murid.
· Menyemaikan semangat muhibbah dan perpaduan antara kaum dan dikalangan murid-murid.
· Permainan disesuaikan dengan gelanggang dan kawasan yang ada.
Objektif Permainan Kecil
· Permainan antara kumpulan (A-B) dan ( C-D) memberi peluang kepada semua pemain bermain serentak.
· Banyak memberi peluang kepada guru untuk memilih pemain yang berkualiti.
· Tumpuan guru melihat kemahiran ( skill ) murid yang sebenar semasa P-P mata pelajaran Pendidikan jasmani.
Ciri-Ciri Permainan Kecil
· Permainan Kecil PK mirip kemahiran sebenar.
· PK diikat dengan beberapa syarat yang perlu diikuti pemain.
· PK dimainkan dalam kawasan atau ruang yang terhad atau kecil kawasan keluasannya. ( 10 X 10 M )@ ( 20 X 20 M )
Ciri-Ciri Permainan Kecil
· PK boleh diadakan di bahagian permulaan sebagai bab memanaskan badan atau bab akhir pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani.
· PK boleh digunakan untuk mengingati kemahiran-kemahiran yang sudah dipelajari pada P-P yang sudah dipelajari.
3 Aspek penting dalam Permainan Kecil
Masih berorientasikan :-
· Aspek Psikomotor
· Aspek Kognitif
· Aspek Afektif
Tujuan Permainan Kecil Dalam Pendidikan Jasmani
Aspek Psikomotor
· Pengkayaan terhadap kemahiran yang telah dipelajari dalam bab inti pelajaran.
· Membina ketangkasan dan ketepatan penumpuan pemain.
· Melatih pelajar bijak membaca ruang semasa bermain.
· Membina sikap sentiasa bersedia dan tidak leka dalam situasi permainan.
· Ketajaman bertindak dan sentiasa bersedia.
Elemen Penting Mencipta Atau Mereka Permainan Kecil
· Kemahiran ( Skill ) mencabar pemain
· Tahap kemahiran bersesuaian
· Keluasan tempat diambil kira
· Menyeronokan pemain
Aspek Psikomotor
· Membina semangat juang dan semangat bertanding yang tinggi.
· Semangat mahu mencipta kemenangan.
· Berfikiran tepat bertindak dalam membuat sebarang keputusan semasa bermain.
Aspek Kognitif
· Melatih kematangan daya berfikir semasa bermain.
· Melatih individu / pemain bijak membaca strategi pihak lawan.
· Penguasaan kemahiran pemain kekal dan bertambah.
· Melatih pelajar menguasai undang-undang permainan.
Aspek Afektif
· Membina keseronokan dan kepuasan sebenar pelajar semasa bermain.
· Membina semangat berpasukan yang tinggi.
· Berdisiplin dan bekerjasama dikalangan pemain.
· Akur kepada kemenangan dan kekuatan pihak lawan.
Aspek Afektif
· Melatih diri pelajar supaya tidak mudah berputus asa jika menerima sebarang kekalahan.
· Melatih dan memberi peluang kepada pelajar menjadi pengadil semasa pertandingan sesama mereka.
· Tujuan dan ciri-ciri dalam mengendalikan permainan kecil
· Mencipta permainan kecil berdasarkan manipul
.