Senarai keperluan :
Bahan atau Peralatan : Getah
Tempat : Kawasan lapang dan rata
Bilangan kanak-kanak : 5 orang
Cara bermain :
- Kanak-kanak diberikan sejumlah getah yang sama banyak bilangannya.
- Buatkan satu bulatan pada tempat bermain. Ia bertujuan untuk menandakan kawasan yang perlu di lontar getah.
- Kanak-kanak akan melontar hanya 1 getah pada setiap kali pusingan ke dalam kawasan permainan. Jika kanak-kanak dapat melontar getah di atas getah (menindih getah), kanak-kanak tersebut akan mengambil getah yang bertindih dan ini akan menjadikan bilangan getahnya bertambah. Dia juga diberi peluang untuk melontar lagi getah.
- Bagi kanak-kanak yang kehabisan getah, dia dikehendaki keluar daripada permainan.
- Permainan diteruskan sehingga pemain kehabisan getah dan salah seorang akan mempunyai getah akan dikira sebagai pemenang.
No comments:
Post a Comment