Tujuan permainan :
- Berlari dalam bulatan sambil mengejar dan memukul pemain lain dengan sapu tangan.
Senarai keperluan :
- Bahan : Sapu tangan.
- Bilangan pemain : Tidak terhad.
Cara bermain :
- Kanak-kanak membuat satu bulatan. Kemudian duduk mencangkung ke arah dalam bulatan.
- Seorang kanak-kanak di minta keluar secara sukarela ataupun dipilih untuk membawa sapu tangan.
- Pemain yang dipilih akan berdiri di luar bulatan sambil memegang sapu tangan.
- Pemain akan meletakkan sapu tangan itu dibelakang sesiapa sahaja yang berada di bulatan tanpa disedari. Orang itu dikenali sebagai mangsa.
- Pemain lain perlu sentiasa peka dan bersedia meraba belakang bagi memastikan sama ada sapu tangan berada dibelakang atau tidak.
- Apabila pemain B dapat menyentuh sapu tangan yang terdapat dibelakangnya, maka ia perlu segera bangun dan lari mengejar A sambil memukulnya.
- Pemain A pula perlu mencari tempat duduk secepat mungkin sebelum dapat dipukul oleh pemain B.
- Jika A belum sempat mencari tempat duduk dan terkena sapu tangan, maka A sekali lagi akan berlari mengelilingi bulatan semula sementara B akan duduk ditempat asal.
- Sebaliknya jika A berjaya mencari tempat duduk, B akan berpusing sekali lagi untuk meletakkan sapu tangan di belakang pemain lain.